KOTA BHARU: Dua daripada lima pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di sini yang terbabit dengan insiden tangki air utama pecah pada 10.05 pagi tadi, masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata sebelum ini, empat pelajar dihantar ke HUSM untuk rawatan manakala seorang lagi ke Klinik Kesihatan Mahligai.
"Seorang daripada pelajar tersebut mengalami luka di bahagian kepala dan menerima dua jahitan manakala seorang lagi mengalami sakit di bahagian tengkuk.
"Tiga lagi pelajar bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan dibenarkan pulang ke rumah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhamad Zaki berkata laporan mengenai kejadian itu telah dibuat oleh guru penolong kanan SMK Melor.
BACA: Beberapa pelajar SMK Melor cedera akibat tangki air pecah
"Beliau menyatakan terdengar satu letupan yang kuat di bahagian belakang bangunan pejabat.
"Pengadu terus pergi ke arah bunyi itu serta mendapati tangki air utama telah pecah dan kejadian berlaku ketika waktu rehat pelajar tingkatan satu, dua dan tiga," katanya.
Muhamad Zaki berkata insiden itu mengakibatkan kerosakan teruk kepada tangki utama, rumah enjin, laluan pejalan kaki, papan kenyataan, musala dan longkang.
Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi hantaran di laman Facebooknyatelah mengarahkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah itu dengan segera.
Beliau berkata tindakan itu adalah bagi memastikan fasiliti dan infrastruktur sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik serta selamat untuk kegunaan warga sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Insiden itu mengakibatkan kerosakan teruk kepada tangki utama, rumah enjin, laluan pejalan kaki, papan kenyataan, musala dan longkang. - Gambar/ FB Radzi Jidin
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
AWANI Ringkas: Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
Enam kenderaan rosak akibat tangki pecah di pangsapuri Sepang
Serpihan tangki air yang jatuh telah menimpa kenderaan di bawah blok apartment terbabit.
KPM arah sekolah seluruh negara periksa tangki air, infrastruktur uzur
KPM mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melakukan pemeriksaan terhadap tangki air supaya insiden yang menimpa SMK Melor tidak berulang.
Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan
Dua daripada lima pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Beberapa pelajar SMK Melor cedera akibat tangki air pecah
Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di Ketereh, cedera selepas tangki air sekolah itu pecah lalu menimpa laluan pejalan kaki dalam kejadian hari ini.
Empat cedera, kenderaan rosak akibat tangki air Kompleks Teruntum pecah
Kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu mengakibatkan runtuhan tembok batu dari tingkat empat bangunan menyebabkan empat orang cedera.
'Saya dengar dentuman kuat, diikuti limpahan air' - Saksi
Saksi cerita detik cemas apabila tembok bangunan Kompleks Teruntum di Jalan Mahkota-Seri Kuantan di sini runtuh dan menghempap kenderaan di kawasan parkir.